Isu Bendera Terbalik: MBIP Sahkan Kilang Di SILC Tiada Lesen Sah

LocalPolitics
20 Aug 2026 • 10:27 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Isu Bendera Terbalik: MBIP Sahkan Kilang Di SILC Tiada Lesen Sah

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad memaklumkan ada menerima aduan mengenai sebuah premis perindustrian di Taman Peridustrian SILC, Iskandar Puteri yang memasang Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor secara terbalik.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan polis untuk mengambil tindakan tegas terhadap premis berkenaan.

View on Threads

MBIP sahkan tindakan tegas telah diambil ke atas premis pasang Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor terbalik

Susulan itu, MBIP memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan tegas ekoran aduan ADUN Kota Iskandar berhubung perkara itu.

Jelas MBIP hasil tindakan yang juga disertai Pandak Ahmad serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemilik premis itu telah diberikan amaran tegas dan arahan untuk menurunkan serta memperbetulkan bendera berkenaan dengan serta-merta.

Premis tiada lesen sah, MBIP ambil beberapa tindakan

Apa yang lebih menjadi perhatian, MBIP menjelaskan pemeriksaan lanjut turut mendapati premis terbabit tidak mempunyai lesen perniagaan MBIP yang sah.

Oleh itu, beberapa tindakan telah diambil ke atas premis berkenaan seperti:

  • Satu Notis Henti Niaga telah dikeluarkan kerana melakukan perniagaan tanpa lesen yang sah
  • Satu kompaun juga dikeluarkan kerana mempamerkan papan iklan tanpa lesen MBIP
  • Premis telah diarahkan menghentikan operasi dan ditutup berikutan kegagalan mematuhi keperluan pelesenan MBIP

“Dalam pemeriksaan sama, seramai 14 pekerja berada di premis berkenaan yang terdiri daripada dua warga tempatan dan 12 lagi warga asing.

“Kesemua warga asing tersebut telah ditahan dan dibawa ke IPD Iskandar Puteri bagi tujuan siasatan lanjut berkaitan status permit pekerjaan mereka,” jelasnya.

MBIP pandang serius terhadap kesalahan undang-undang yang dilakukan

Menurut MBIP lagi, pihaknya memandang serius sebarang ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa, termasuk aspek perlesenan premis serta tatacara pemasangan dan penghormatan terhadap bendera kebangsaan dan negeri.

“Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Johor merupakan lambang kedaulatan, identiti dan maruah yang wajib dihormati.

“MBIP tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi peraturan di bawah bidang kuasa Majlis. Pemantauan dan tindakan susulan akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved