MBI catat keuntungan hampir RM200 juta suku pertama 2026

LocalBusiness & Finance
20 Nov 2026 • 12:59 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

MBI catat keuntungan hampir RM200 juta suku pertama 2026

SHAH ALAM, 20 NOV: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) merekodkan keuntungan hampir RM200 juta pada suku pertama 2026 tanpa melibatkan sebarang pelupusan aset.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata berdasarkan prestasi tempoh berkenaan, MBI berada di landasan untuk mencapai sasaran hasil RM8 bilion dan keuntungan sebelum cukai RM1.2 bilion di bawah Pelan Strategik THRIVE28.

Menurutnya, pelbagai inisiatif dilaksanakan bagi memperkukuh prestasi kewangan kumpulan, termasuk langkah pengoptimuman kos operasi yang berpotensi menjimatkan perbelanjaan antara 30 hingga 40 peratus.

“Langkah ini turut merangkumi pelaksanaan jadual kerja anjal dan bekerja dari rumah (BDR) yang mampu mengurangkan kos operasi antara 30 hingga 40 peratus.

“Selain itu, penstrukturan korporat di peringkat dalaman membabitkan beberapa anak syarikat dilaksana bagi meningkatkan kecekapan operasi serta memastikan pulangan yang lebih mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berhubung Pelan Strategik THRIVE28 di Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Amirudin menjelaskan, antara pendekatan yang diambil ialah perkongsian perkhidmatan (shared services) dengan memusatkan fungsi korporat, kewangan dan sumber manusia bagi meningkatkan kecekapan operasi.

Katanya, MBI turut mengenal pasti prospek pelaburan strategik yang bersesuaian, termasuk melalui proses penggabungan dan pengambilalihan bagi melonjakkan prestasi kewangan kumpulan.

Selain itu, prestasi anak syarikat dipantau secara berkala menerusi sesi Investment Performance Review serta penetapan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi memastikan sasaran kewangan dan objektif strategik dicapai.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved