MBI Nafi Dakwaan Tular Tulisan Cina Dipasang Bersama Perkataan ‘IPOH’, Sahkan Imej Palsu AI

LocalTechnology
23 Jul 2026 • 10:15 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

Image from: MBI Nafi Dakwaan Tular Tulisan Cina Dipasang Bersama Perkataan ‘IPOH’, Sahkan Imej Palsu AI

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tular di media sosial yang memaparkan tulisan bahasa Cina dipasang bersama perkataan ikonik “IPOH” di atas bukit berhampiran Jalan Kuala Kangsar.

MBI mengesahkan bahawa gambar yang disebarkan dalam kumpulan Facebook “Manjoi Manjoi Ajerr” itu adalah palsu, dimanipulasi, dan dipercayai dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) atau suntingan digital.

Menurut kenyataan rasmi MBI hari ini, struktur tulisan ikonik “IPOH” berkenaan sebenarnya telah diturunkan sejak 15 Julai lepas bagi membolehkan kerja-kerja pemeriksaan menyeluruh serta baik pulih dijalankan ke atas fizikal dan strukturnya.

Pemasangan Semula Dijangka Mula 4 Ogos

MBI menjelaskan bahawa kerja-kerja pemasangan semula tulisan “IPOH” dijangka dilaksanakan secara berperingkat bermula 4 hingga 6 Ogos ini, bergantung kepada keadaan cuaca semasa di tapak.

“Sehubungan itu, sebarang imej yang memaparkan tulisan lain dipasang bersama perkataan IPOH di lokasi berkenaan adalah tidak benar, mengelirukan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar,” jelas pihak MBI.

Pihak PBT itu turut kesal dengan penyebaran kandungan tidak bertanggungjawab berkenaan kerana ia berpotensi menimbulkan salah faham, keresahan awam, serta menjejaskan reputasi dan keharmonian warga Bandaraya Ipoh.

Pertimbang Tindakan Undang-undang

MBI memandang serius penyalahgunaan teknologi AI atau suntingan digital bagi menghasilkan kandungan palsu yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Lanjutan daripada itu, MBI kini sedang meneliti perkara berkenaan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang serta membuat laporan polis terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam penghasilan mahupun penyebaran kandungan palsu tersebut.

Orang ramai turut diingatkan supaya sentiasa merujuk saluran rasmi MBI untuk semakan maklumat sahih dan mengamalkan prinsip “Tidak Pasti, Jangan Kongsi”.

Sumber Informasi: BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved