MCMC Buka Kertas Siasatan Kes Sebar Berita Palsu Pembekalan Diesel Ke Filipina

LocalPolitics
18 Apr 2026 • 9:25 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

MCMC Buka Kertas Siasatan Kes Sebar Berita Palsu Pembekalan Diesel Ke Filipina

PUTRAJAYA, 18 April (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina.

MCMC dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihak berkuasa telah mengesahkan diesel berkenaan adalah milik syarikat perdagangan antarabangsa Vitol, dan bukan milik Petroliam Nasional Bhd (Petronas) atau kerajaan Malaysia seperti yang didakwa.

Menurut kenyataan itu, individu terbabit telah dipanggil untuk memberi keterangan semalam, manakala peranti komunikasi yang digunakan untuk memuat naik kandungan berkenaan disita bagi membantu siasatan lanjut.

"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan," menurut kenyataan itu.

MCMC menegaskan pihaknya memandang serius sebarang penyalahgunaan platform media sosial dan digital untuk menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mengelirukan orang ramai.

"Tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang serta menjejaskan ketenteraman awam," menurut kenyataan itu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved