MCMC nafi laksana ujian Sistem Amaran Awal Nasional

19 Nov 2026 • 11:28 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC nafi laksana ujian Sistem Amaran Awal Nasional

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menafikan khabar angin bahawa ujian Sistem Amaran Awal Nasional akan dilaksanakan membabitkan orang awam di Selangor, Kuala Lumpur, Kelantan dan Pahang hari ini.

MCMC berkata, maklumat yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp itu adalah tidak benar.

“Aktiviti yang dijadualkan pada hari ini (19 November 2026) adalah ujian teknikal dalaman bagi menilai kesiapsiagaan dan keberkesanan sistem sebelum pelaksanaan yang lebih meluas dan bukannya ujian amaran kepada orang awam di negeri seperti yang didakwa.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih serta merujuk saluran rasmi MCMC bagi mendapatkan perkembangan dan pengumuman terkini. Semak dahulu sebelum berkongsi,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved