MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic

PoliticsTechnology
11 Sep 2026 • 9:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan penglibatannya dalam sebarang aktiviti atau urusan berkaitan manipulasi komersial berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi mempengaruhi sentimen politik seperti didedahkan dalam laporan terbaharu Anthropic.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mengambil serius perkara yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan kini sedang meneliti maklumat terbabit.

“Bagi memperjelas keadaan, aktiviti seumpama yang diterangkan dalam laporan itu bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC dan MCMC tidak pernah terlibat dalam aktiviti atau urusan sedemikian,” katanya.

Image from: MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic

Sebelum ini dilaporkan Malaysia menjadi sasaran satu operasi manipulasi komersial berteraskan AI yang didakwa melibatkan lebih 1,000 akaun X palsu, data pengundi serta sistem sasaran berasaskan kawasan pilihan raya bagi mempengaruhi sentimen politik.

Laporan itu didedahkan Anthropic, syarikat di sebalik platform AI Claude, selepas mendapati sebuah akaun menggunakan platform berkenaan untuk tujuan manipulasi pilihan raya dengan menyasarkan pengguna di Malaysia.

Berdasarkan laporan Anthropic bertajuk ‘Detecting and Countering Misuse of AI: September 2026’ yang diterbitkan di laman webnya, platform berkenaan dikaitkan dengan sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Istanbul dan menjual akses kepada keupayaan “pengaruh sebagai perkhidmatan” (influence-as-a-service).

Image from: MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic Image from: MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic

Image from: MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic

Image from: MCMC nafi terlibat manipulasi sentimen politik! Teliti laporan Anthropic

MCMC berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan bagi mengenal pasti fakta dan menilai perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.

Sebarang tindakan lanjut, katanya, akan ditentukan berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh serta mengikut bidang kuasa suruhanjaya itu, termasuk dengan kerjasama pihak berkuasa berkaitan sekiranya diperlukan.

MCMC turut menegaskan usaha melindungi orang awam dan menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi antara teras tanggungjawabnya.

“MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk Malaysia,” katanya.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved