MCMC nafi terlibat urusan dalam laporan Anthropic

LocalTechnology
12 Sep 2026 • 12:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: MCMC nafi terlibat urusan dalam laporan Anthropic

PETALING JAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menegaskan pihaknya tidak terlibat dalam sebarang aktiviti atau urusan seperti yang digambarkan dalam laporan terkini diterbitkan Anthropic.

MCMC dalam kenyataan berkata, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan juga bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat suruhanjaya itu.

Menurutnya, penjelasan tersebut dibuat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan susulan perkara yang dibangkitkan menerusi laporan berkenaan.

“MCMC mengambil maklum mengenai laporan terkini yang diterbitkan oleh Anthropic dan memandang serius perkara yang dibangkitkan dalam laporan tersebut.

“Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, perkara yang dinyatakan dalam laporan berkenaan bukan sebahagian daripada fungsi atau mandat MCMC,” katanya.

Dalam pada itu, MCMC berkata, pihaknya kini sedang meneliti laporan tersebut selain akan mendapatkan maklumat serta penjelasan lanjut daripada pihak berkaitan.

Langkah itu bagi memastikan fakta sebenar dapat dikenal pasti selain memahami konteks isu yang dibangkitkan dalam laporan berkenaan.

Katanya, sebarang tindakan susulan akan ditentukan berdasarkan maklumat dan bukti yang diperoleh mengikut bidang kuasa MCMC, termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan.

Pada masa sama, MCMC menegaskan usaha melindungi orang ramai serta menangani kemudaratan dalam talian kekal menjadi teras tanggungjawab suruhanjaya itu.

“MCMC akan terus memelihara dan memastikan persekitaran dalam talian yang selamat dan dipercayai untuk rakyat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post MCMC nafi terlibat urusan dalam laporan Anthropic appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved