MCMC siasat penstriman langsung serangan terhadap guru di Kuching

LocalTechnology
23 Oct 2026 • 4:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: MCMC siasat penstriman langsung serangan terhadap guru di Kuching

PUTRAJAYA: Insiden serangan terhadap seorang guru di Kuching yang disiarkan secara penstriman langsung menerusi platform media sosial kini dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, MCMC masih meneliti dan menyiasat kes berkenaan.

“Saya menyerahkan kepada suruhanjaya itu untuk membuat kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan meminta penjelasan daripada Meta berhubung kegagalan Facebook mengesan atau menghalang siaran langsung itu sebaik sahaja ia bermula.

Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan lebih tegas, termasuk dari aspek keselamatan, bagi mengelakkan tindakan jenayah berbentuk keganasan disiarkan secara langsung menerusi platform media sosial, Fahmi menjelaskan MCMC sedang menyiasat perkara itu.

“Sudah pasti siaran, kalau kita ingat sebelum ini ada di beberapa negara yang lain, platform gagal untuk menghalang penstriman secara langsung tindakan-tindakan keganasan.

“Jadi saya serahkan kepada pihak MCMC untuk menyiasat dan membuat kenyataan nanti,” katanya.

Dalam insiden kira-kira 8.03 pagi di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak itu, seorang guru wanita di sekolah itu mengalami kecederaan pada tangan selepas diserang seorang murid lelaki.

Difahamkan, suspek turut menyiarkan insiden itu secara langsung menerusi platform media sosial termasuk serangan terhadap seorang guru wanita di dalam kelas. – UTUSAN

The post MCMC siasat penstriman langsung serangan terhadap guru di Kuching appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved