MDEC batal status Malaysia Digital NSO

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 12:38 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: MDEC batal status Malaysia Digital NSO
Tular dalam media sosial berhubung dakwaan yang mengaitkan kewujudan Network School di Forest City dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di negara ini menerusi pelaburan mata wang.

KUALA LUMPUR - Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia Sdn Bhd yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MDEC menyatakan tindakan itu dibuat susulan pihaknya mengambil maklum keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NSO. 

Menurutnya syarat-syarat yang ditetapkan bagi status Malaysia Digital mewajibkan sesebuah syarikat memperoleh permit dan lesen yang berkaitan untuk menjalankan aktiviti yang diluluskan serta mematuhi semua peraturan selain syarat pelesenan yang berkuat kuasa. 

"Pembatalan lesen perniagaan NSO merupakan suatu ketidakpatuhan terhadap syarat ini. 

"Sehubungan itu, MDEC sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO," jelasnya.

Pada masa sama, MDEC mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti ke Malaysia, namun pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan Malaysia tidak boleh dikompromi. 

Terdahulu, MBIP mengenakan Notis Henti Niaga terhadap NSO berkuat kuasa Rabu susulan ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan dan penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

Sebelum ini, tular dalam media sosial berhubung dakwaan yang mengaitkan kewujudan Network School di Forest City dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di negara ini menerusi pelaburan mata wang. - Bernama 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved