MDSB tawar diskaun kompaun sehingga 80 peratus

13 Sep 2022 • 4:39 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 13 SEPT: Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menawarkan pengurangan kompaun bagi pelbagai kesalahan sehingga 80 peratus yang berakhir hujung bulan ini.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu, tawaran sempena bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia mensasarkan 1,227 notis kompaun yang masih belum selesai sejak 2014.

“Melalui kempen ini orang ramai khususnya peniaga berpeluang menyelesaikan semua jenis notis kompaun atau saman oleh MDSB.

“Program ini juga secara tidak langsung untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai kepentingan pematuhan undang-undang serta peraturan PBT,” katanya.

Sasaran kempen melibatkan penjaja atau peniaga yang mempunyai kompaun lampau di bawah peruntukan Undang-undang Kecil (UUK) Mengkompaun Kesalahan (Akta Kerajaan Tempatan) dan UUK Mengkompaun Kesalahan (Akta Jalan, Parit & Bangunan).

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved