MedComm Kota Kinabalu anjur pertandingan persahabatan pool, dart 24 Okt

11 Oct 2026 • 10:26 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

MedComm Kota Kinabalu anjur pertandingan persahabatan pool, dart 24 Okt

KOTA KINABALU: Kelab Rekreasi Media dan Komunikasi Kota Kinabalu (MedComm KK) akan menganjurkan pertandingan persahabatan pool dan dart buat julung kali dengan penyertaan pengamal media dari Semenanjung, yang diwakili Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) di sini pada 24 Okt.

Pengerusinya Christopher Bernard Maskilone berkata beberapa pasukan lain, termasuk Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dan Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), turut mengambil bahagian dalam acara sehari itu yang akan berlangsung di JPool Damai.

“Ini bukan sekadar pertandingan untuk menang, sebaliknya untuk mengeratkan hubungan silaturahim. Kita berkumpul untuk memupuk semangat positif, kesukanan dan berseronok di sebalik jadual harian kita yang padat,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata perlawanan persahabatan itu juga bertujuan memperkukuh hubungan antara pengamal media dan petugas komunikasi dari Sabah dan Semenanjung, selain agensi kerajaan negeri, di samping menggalakkan gaya hidup aktif dalam kalangan anggota MedComm KK.

Beliau berkata dalam dunia komunikasi, teknologi dan maklumat digital yang bergerak pantas, tiada pihak boleh bekerja secara bersendirian, justeru program seumpama itu penting sebagai platform untuk bertukar pandangan, maklumat dan idea mengenai isu semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved