Media Korea Dedah Identiti Bakal Isteri Kim Jongkook – “Dia Cantik”

EntertainmentLifestyle
19 Aug 2025 • 11:00 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita mengenai jejaka idaman Korea Selatan, Kim Jong-kook akhirnya bakal berkahwin telah mencuri tumpuan ramai. Namun, butiran mengenai majlis dan identiti bakal isterinya pada awalnya dirahsiakan, hanya diketahui bahawa wanita tersebut bukanlah selebriti.

Bagaimanapun, media tempatan Korea pada 19 Ogos 2025 melaporkan identiti wanita berkenaan, sehari selepas pengumuman rasmi perkahwinan itu. Pendedahan ini sekaligus mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan netizen yang mendakwa bakal isterinya mungkin seorang wanita berusia 38 tahun, kelahiran Los Angeles, dan kini bergelar CEO sebuah syarikat kosmetik.

image is not available

Spekulasi ini semakin kuat selepas muncul semula catatan seorang netizen pada 2020 yang mendakwa pernah terserempak dengan Kim Jong Kook di Los Angeles bersama seorang wanita jelita berketurunan Korea-Amerika. Menurutnya, wanita tersebut kelihatan sangat cantik dan dianggap berkemungkinan besar sebagai kekasih Kim ketika itu.

Kim Jong Kook sememangnya antara selebriti paling popular Korea Selatan, dan berita perkahwinannya diraikan penuh keterujaan peminat.

image is not available 2025-08-18 13:27:38

"Temui Separuh Jiwa Saya" - Kim Jongkook Umum Bakal Berkahwin