“Saya Dah Lama Berharap” – Peminat Kecewa Isteri Kim Jongkook Bukan Song Jihyo

EntertainmentLifestyle
19 Aug 2025 • 12:17 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Berita mengenai perkahwinan Kim Jong Kook baru-baru ini bukan sahaja mengejutkan industri hiburan Korea, malah membuatkan peminat setia rancangan popular “Running Man” berasa sedikit kecewa.

Ini kerana ramai yang sejak dulu berharap hubungan rapat Kim Jong-kook dengan rakan sepasukan, Song Ji-hyo, berakhir ke jinjang pelamin. Malah, pasangan ini sering digelar “SpartAce Couple” oleh peminat kerana keserasian mereka yang begitu kuat dalam program tersebut.

Namun, kenyataan rasmi mendedahkan bakal isteri Kim Jong-kook sebenarnya seorang wanita bukan selebriti, sekali gus mematahkan harapan peminat yang menunggu detik “cinta lokasi” antara Jong-kook dan Ji-hyo menjadi realiti.

Rata-rata komen peminat di media sosial meluahkan rasa kecewa, tetapi dalam masa yang sama tetap mendoakan kebahagiaan idola mereka itu. Ada yang berseloroh mengatakan, “Hati kami yang patah, tapi semoga Oppa bahagia.”

Walaupun ramai masih “ship” Jong Kook dan Ji Hyo, peminat akur bahawa realiti tak selalu seperti fantasi drama Korea.

image is not available 2025-08-19 11:00:09

Media Korea Dedah Identiti Bakal Isteri Kim Jongkook - "Dia Cantik"