SALAH UBAT. EMPAT PESAKIT TERJEJAS. SEKURANG-KURANGNYA DUA DILAPORKAN LUMPUH.
Pada 14 Ogos 2026, empat pesakit datang ke Ascension Saint Thomas Hospital Midtown di Nashville, Amerika Syarikat untuk menjalani pembedahan penggantian sendi yang sepatutnya rutin.
Tetapi berlaku satu kesilapan ubat yang sangat serius di bahagian farmasi.
Menurut kenyataan rasmi hospital, pesakit sepatutnya menerima mepivacaine, sejenis ubat anestetik.
Sebaliknya, mereka menerima potassium phosphate.
Potassium phosphate ialah ubat yang memang digunakan dalam perubatan, tetapi formulasi suntikannya adalah untuk kegunaan intravena selepas dicairkan dengan betul.
Ia bukan ubat untuk disuntik melalui laluan spinal.
Empat pesakit mengalami kesan kesihatan serius.
Laporan media berdasarkan maklumat keluarga menyatakan sekurang-kurangnya dua pesakit mengalami lumpuh. Seorang wanita berusia 72 tahun dilaporkan lumpuh dari bahagian dada ke bawah selepas menjalani pembedahan lutut.
Sumber dalaman hospital yang dipetik media turut mendakwa beberapa pesakit mengalami keadaan kecemasan jantung ketika insiden berlaku.
Kes ini kini disiasat oleh pihak berkuasa Tennessee.
Apa yang menarik, selepas kejadian hospital terus mengubah beberapa sistem keselamatan mereka.
Ubat berisiko tinggi diasingkan.
Amaran ketika scan ubat kini mempunyai hard stop.
Ubat spinal memerlukan independent double verification oleh dua ahli farmasi terlatih.
Inilah perkara paling penting daripada tragedi ini.
Medication error jarang berlaku hanya kerana seorang individu “cuai”.
Apabila empat pesakit boleh menerima ubat yang salah dalam tempoh yang sama, kita perlu melihat keseluruhan sistem.
Bagaimana ubat disimpan.
Bagaimana ia dipilih.
Bagaimana ia dilabel.
Bagaimana ia diperiksa.
Dan bagaimana amaran sistem boleh dilepasi.
Dalam patient safety, satu kesilapan manusia sepatutnya ditangkap oleh lapisan keselamatan seterusnya.
Kalau semua lapisan gagal serentak, akibatnya boleh mengubah kehidupan seseorang untuk selama-lamanya.
Sebab itu double check bukan sekadar SOP atas kertas.
Kadang-kadang ia adalah lapisan terakhir antara pesakit dengan tragedi.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.





