Mee Sua Halal Di Kuching, Anda Perlu Cuba Mee Sua Kak Chomel Di Fauziah Food Court Metrocity Ini

1 Jul 2023 • 11:20 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Port makan menarik di Kuching.

Mee Sua Halal Di Kuching, Anda Perlu Cuba Mee Sua Kak Chomel Di Fauziah Food Court Metrocity Ini. Buat anda di luar sana yang inginkan sedikit kelainan, apa kata anda cuba hidangan istimewa yang lazat di Kuching ini.

Mee Sua merupakan sejenis bihun gandum yang berasal dari Fujian China. Mi sua ini merupakan makanan kegemaran masyarakat Cina di Sarawak dan biasanya dijadikan menu sarapan pagi.

image is not available
Mee Sua Halal Di Kuching, Anda Perlu Cuba Mee Sua Kak Chomel Di Fauziah Food Court Metrocity Ini. Kredit foto: FB Mee Sua Kak Chomel

image is not available
Kredit foto: FB Mee Sua Kak Chomel

Mee Sua Kak Chomel yang terletak di Fauziah Food Court, Metrocity ini menyediakan menu lazat ini dengan menggunakan resepi istimewa mereka dan yang paling penting ia dijamin Halal.

Terdapat dua jenis Mee Sua yang anda boleh cuba di sini iaitu Mee Sua Biasa dan juga Mee Sua Istimewa. Jika anda nak lagi special, anda boleh gandingkan Mee Sua anda dengan menu Kaki Ayam Masak Kicap yang juga disediakan di sini.

image is not available
Kredit foto: FB Mee Sua Kak Chomel

image is not available
Kredit foto: FB Mee Sua Kak Chomel

Selain menu lazat tersebut, di sini juga menyediakan Mi Kampua Sos, Kicap, Masin dan juga Wantan Sup.

Buat anda yang ingin mencuba Mee Sua ini kami memang sarankan anda untuk singgah di Mee Sua Kak Chomel di Stall No.19 di Fauziah Food Court Metrocity. Selamat menjamu selera!

Lagi port makan menarik untuk anda di sini: