Mekanik Bangladesh didakwa bantu seludup rakan senegara

8 Oct 2026 • 2:41 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mekanik Bangladesh didakwa bantu seludup rakan senegara

KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyokong perbuatan penyeludupan 31 imigran dari negaranya pada September lalu.

Mohammad Jony Sheikh, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Muhammad Ilmami Ahmad.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai mekanik didakwa memberikan sokongan dengan menyediakan kepada individu yang menyeludup 31 migran warga Bangladesh di sebuah unit kediaman di Jalan Sentul Perdana pada pukul 4.30 petang, 10 September 2026.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 26I (1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zarris Sofea Zainudin tidak mencadangkan sebarang jaminan berikutan kes melibatkan kesalahan keselamatan yang tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Peguam S. Vikneshwaran memohon mahkamah menggunakan budi bicara bagi membenarkan anak guamnya dijamin.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 19 November ini. – UTUSAN

The post Mekanik Bangladesh didakwa bantu seludup rakan senegara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved