Suri rumah didakwa bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan psikitri

2 Oct 2026 • 11:39 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suri rumah didakwa bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan psikitri

IPOH – Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibunya, minggu lalu.

Tertuduh, Chew Loong Thye, 49, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Kantonis di hadapan Majistret Norizan Riduan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas, Ching Lai Kheng, 70, di sebuah rumah di Laluan Kledang Utara 6, Taman Wang, Menglembu antara pukul 7.15 hingga 7.30 malam pada 27 September 2026.

Pertuduhan terhadap wanita itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainin Sofiya Azlaini manakala tertuduh tidak mempunyai peguam.

Dalam prosiding sama, Norizan turut bertanya kepada tertuduh sama ada dia mengambil ubat psikiatri dan wanita terbabit menjawab bahawa dia mengambil ubat tersebut.

Mahkamah kemudian memerintahkan Loong Thye dirujuk kepada pakar psikitri untuk pemeriksaan dan menetapkan 22 November depan untuk sebutan semula kes bagi laporan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Suri rumah didakwa bunuh ibu diarah jalani pemeriksaan psikitri appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved