Mekanik warga Bangladesh didakwa beri sokongan seludup 31 imigran senegara

8 Oct 2026 • 4:26 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mekanik warga Bangladesh didakwa beri sokongan seludup 31 imigran senegara

Seorang mekanik warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tuduhan memberi sokongan material dalam penyeludupan 31 imigran senegara.

KUALA LUMPUR: Seorang mekanik warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan  memberi sokongan material dengan menyediakan makanan kepada individu yang menyeludup 31 migran senegara, bulan lepas.

Mohammad Jony Sheikh, 43, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah unit kediaman di Jalan Sentul Perdana di sini pada 4.30 petang, 10 Sept lepas mengikut Seksyen 26I(1) Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Zarris Sofea Zainudin tidak menawarkan jaminan kerana kes itu melibatkan kesalahan keselamatan yang tertakluk di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Bagaimanapun, peguam S Vikneshwaran yang mewakili tertuduh memohon supaya mahkamah membenarkan jaminan terhadap anak guamnya.

Hakim Muhammad Ilmami Ahmad tidak membenarkan jaminan terhadap Mohammad Jony dan menetapkan 19 Nov ini untuk sebutan kes.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved