Mekanik cedera ditembak di bengkel di Sungai Lembu

4 Sep 2026 • 10:49 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Mekanik cedera ditembak di bengkel di Sungai Lembu

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata kejadian berlaku pada 1.05 tengah hari dan lelaki berusia 43 tahun itu ditembak oleh seorang daripada dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

BUKIT MERTAJAM: Seorang mekanik cedera di tapak tangan kanan akibat ditembak di sebuah bengkel kenderaan terpakai berhampiran kawasan perkuburan Cina di Jalan Sungai Lembu, Machang Bubok, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata kejadian berlaku pada 1.05 tengah hari dan lelaki berusia 43 tahun itu ditembak oleh seorang daripada dua suspek lelaki yang menaiki motosikal.

“Mangsa yang cedera melarikan diri ke kawasan perkuburan Cina bagi menyelamatkan diri manakala dua suspek meninggalkan tempat kejadian.

“Kejadian menyebabkan mangsa luka dan patah tulang tapak tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nik Aminuddin berkata mangsa telah dibawa ke hospital dan dilaporkan stabil.

Beliau berkata pemeriksaan di lokasi menemukan beberapa barang kes dipercayai berkaitan dengan kejadian dan siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Muazzam Shaaban menerusi talian 017- 4825 017.

Nik Aminuddin menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kejadian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved