Melaka tolak politik fitnah, kebencian - Ab Rauf

LocalPolitics
8 Sep 2026 • 2:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Melaka tolak politik fitnah, kebencian - Ab Rauf
Ab Rauf ketika ditemui pemberita pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ DUN Ayer Limau pada Selasa. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: Melaka tolak politik fitnah, kebencian - Ab Rauf
Ab Rauf (tengah) menyampaikan bantuan kepada penerima kelompok peniaga kecil. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR
Image from: Melaka tolak politik fitnah, kebencian - Ab Rauf
Ab Rauf (kanan) beramah mesra dengan penduduk DUN Ayer Limau pada Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat, Selasa. Foto SINAR HARIAN/NORAFIZA JAAFAR

MELAKA - Barisan Nasional (BN) Melaka yang menaungi pentadbiran negeri akan terus memupuk politik kasih sayang dan menolak politik kebencian serta fitnah.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, kerajaan negeri akan terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat tanpa menggunakan pendekatan memburukkan pihak lain.

Menurutnya, 'Melaka Sayang Rakyat' merupakan gagasan kerajaan yang meneruskan kepimpinan tanpa memfitnah orang lain dan mengamalkan politik kebencian.

“Kita ialah pimpinan yang menaungi rakyat. Kita tak pernah cerita buruk orang, kalau dengar orang lain cakap buruk tu... sakau sana, kita tak ada cerita sakau-menyakau ni, tak pernah dan tak perlu.

“Kerana rakyat tahu apa kita buat. Kita sayang rakyat di bawah gagasan mesra ataupun Melaka Sayang Rakyat,” katanya pada Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat @ DUN Ayer Limau pada Selasa.

**media[3640250]**

Beliau berkata, pihaknya akan terus memikul tanggungjawab sebagai pemimpin dan bersama rakyat dalam apa jua keadaan, selari dengan prinsip untuk menjadi wakil rakyat, seseorang perlu menjadi rakyat.

“Saya akan terus bersama-sama memikul tanggungjawab ini. Walaupun saya terpaksa berpanas, walaupun saya terpaksa berhujan, walaupun sayap saya patah, bertongkatkan paruh saya bangkit untuk membela rakyat Melaka.

“Kita kena tahu macam mana susahnya rakyat. Kita kena tahu bagaimana kehendak rakyat untuk melestarikan kehidupan kita pada masa akann datang,” katanya.

Tambahnya, setiap dasar yang dibawa kerajaan negeri adalah berdasarkan keperluan rakyat, manakala suara dan pandangan mereka disampaikan oleh pimpinan ke meja mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri untuk diterjemahkan kepada perancangan dan pelaksanaan demi kepentingan rakyat.

Dalam pada itu, Ab Rauf berkata, pilihan raya tetap akan diadakan kerana tempoh pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semakin hampir.

**media[3640251]**

“Kalau kita pilih besok, pilihlah yang baik. Pilihlah yang boleh membawa kesejahteraan kita, yang kita nak berteduh di pohon yang rendang, yang nak berkasih biarlah pada yang sayang, kalau nak meminta pada yang ada.

“Jadi yang dah ada ni jagalah elok-elok, pokok yang rendang ini jangan ditebang. Pen merah, pen biru, jangan pilih merah, kita pilih biru,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved