“Memang Aku Akan Cari Sampai Lubang Cacing!” – Shima Anuar Berang Dengan Individu Didakwa Cuba Cari Pasal

Entertainment
4 Nov 2026 • 11:15 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Shima Anuar meluahkan rasa berang terhadap individu yang didakwa sengaja mencari masalah dengannya menerusi satu perkongsian di Threads.

Shima Anuar mengamuk di Threads

Menerusi hantaran tersebut, Shima atau nama sebenarnya Noor Hashimah Anuar turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp yang memperlihatkan dirinya memberi amaran kepada individu berkenaan supaya menghentikan tindakan yang didakwa mengganggunya.

Advertisement

Malah, Shima menegaskan bahawa kali ini dia tidak akan berdiam diri dan bertekad untuk mencari pihak yang didakwa cuba menjatuhkan dirinya.

Siapa lagi yang nak jatuhkan bangsa melayu kalau bukan……… This time memang aku akan cari sampai lubang cacing!

Shima Anuar ambil tindakan undang-undang

Dalam tangkap layar perbualan yang dikongsikan, pelakon itu turut menyatakan bahawa dia sudah mendapatkan nasihat guaman dan memberi amaran mengenai kemungkinan tindakan undang-undang sekiranya perkara tersebut berterusan.

Shima turut mengingatkan individu berkenaan supaya tidak bertindak dengan niat jahat terhadap orang lain.

Bagaimanapun, identiti individu yang dimaksudkan serta punca sebenar pertelingkahan terbaharu itu tidak diperincikan dalam hantaran berkenaan.

Diorang ni selagi tak kena selagi tu la nak cari pasal. Tak boleh dibagi muka. And I repeat, JANGAN JADI BANGSA YG JAHAT!

shima anuar mengamuk di Threads shima anuar mengamuk di Threads

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: “Memang Aku Akan Cari Sampai Lubang Cacing!” – Shima Anuar Berang Dengan Individu Didakwa Cuba Cari Pasal2026-10-05 10:43:52

“Harga Saya Bukan Sebab Artis” - Shima Anuar Pertahan Harga Kek RM150, Dakwa Guna Bahan Berkualiti Tinggi

The post “Memang Aku Akan Cari Sampai Lubang Cacing!” – Shima Anuar Berang Dengan Individu Didakwa Cuba Cari Pasal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved