Kota Kinabalu: Manifesto pilihan raya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan memasukkan gesaan kepada Kerajaan Persekutuan supaya aspek penting Perjanjian Malaysia 1963 dimasukkan dalam silibus sejarah sekolah.
Ini termasuk apa yang telah dipersetujui dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), Suruhanjaya Cobbold serta pengisytiharan Hari Sabah pada 31 Ogos apabila taraf pemerintahan sendiri diberikan oleh Gabenor kolonial terakhir, 16 hari sebelum pembentukan Malaysia.
“Itulah idea sebenarnya,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan selepas Forum Perdana Hari Sabah 2025 di Wisma Pertanian, Rabu.
Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan naratif sejarah Sabah, termasuk perjalanan menuju kemerdekaan dan peranannya sebagai rakan setaraf dalam pembentukan Malaysia, diberikan pengiktirafan sewajarnya dalam sistem pendidikan negara.
Ketika ini, buku teks sejarah sekolah hampir tidak menyebut tentang Hari Sabah atau kepentingan sejarahnya.
Kemerdekaan Sabah daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1963 banyak yang tidak dimasukkan ke dalam kurikulum kebangsaan dengan silibus terdahulu lebih menumpukan kepada naratif Semenanjung Malaysia sementara hanya memberi liputan minimum kepada peristiwa di Malaysia Timur.
Jeffrey turut berkata walaupun 31 Ogos masih boleh diraikan sebagai Hari Sabah kerana telah diwartakan selepas kerajaan GRS mengambil alih, secara peribadi beliau merasakan sambutan itu boleh diadakan pada tarikh lain supaya tidak terkeliru dengan Hari Kebangsaan.
“Mungkin ia boleh diadakan pada 8 Ogos kerana pada 8 Ogos 1963, keputusan sebulat suara telah dibuat oleh pemimpin kita melalui Majlis Undangan Negeri Borneo Utara ketika itu untuk memberikan kemerdekaan kepada Sabah pada 31 Ogos 1963,” katanya.
Beliau berkata terdapat juga cadangan agar sambutan Hari Sabah diadakan pada 1 September. “Ia perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat,” jelasnya.
Sementara itu, pelbagai aktiviti telah dirancang sempena sambutan Hari Sabah 2025 bertemakan “Untukmu Sabah, Tanah Airku.” Antaranya Perarakan Kemerdekaan dari semua pelusuk Sabah yang akan berkumpul di Padang Merdeka.
Sambutan itu juga akan diperluaskan ke lima daerah dengan rancangan untuk akhirnya membabitkan semua daerah dalam memperingati Hari Sabah pada masa akan datang.
Mengenai kemungkinan pertindihan dengan himpunan “No Justice, No Merdeka” yang dikatakan akan berlangsung bersempena sambutan Hari Sabah, beliau berkata:“Itu hak mereka. Jadi kita perlu ubah program kita pada 31 Ogos untuk memberi laluan kepada mereka.
“Kita perlu membuat penyesuaian dalam program supaya dapat mengelak sebarang insiden yang tidak diingini kerana kita mahu keamanan dan kita mahu semua orang bebas melakukan apa yang mereka mahu tanpa menimbulkan kekacauan. Kita menghormati niat mereka.”Forum itu turut menampilkan panel pakar termasuk Profesor Datuk Dr Danny Wong Tze Ken (Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya), Datuk Dr Ramzah Dambul (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan Sabah) dan Profesor Madya Dr Mohd Sohaimi Esa dari Universiti Malaysia Sabah.
Perbincangan forum menyaksikan pelbagai cadangan untuk memperkasakan profil Hari Sabah, termasuk menyambutnya di Semenanjung Malaysia, mencipta lagu tema, menganjurkan pertandingan bagi mempromosikan konsep Hari Sabah serta memastikan sambutan itu mempunyai identiti tersendiri yang berbeza daripada Hari Kebangsaan.
Jeffrey berkata beliau berpuas hati dengan hasil forum terbabit, sambil menyatakan ia menyediakan platform untuk membincangkan bagaimana Hari Sabah boleh diraikan dengan lebih bermakna, lebih luas, lebih mendalam serta dengan penyertaan semua lapisan masyarakat.