“Membesar Dengan Suara Mereka” – Ramai Teruja Lihat Penyampai Radio Senior ‘Reunion’ Di Rumah Terbuka [Video]

LocalEntertainment
7 Apr 2025 • 3:03 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Buat mereka yang kini sudah mencecah usia 30-an atau 40-an, pasti masih teringat zaman kegemilangan penyampai radio pada suatu ketika dahulu.

Linda Onn, Halim Othman, David Lau, Jamal Jamaluddin dan Abby Fana antara penyampai yang sering mendapat tempat dihati peminat.

Selain daripada suara mereka yang memikat hati pendengar, ramai yang turut menganggap penyampai radio pada ketika itu kebanyakannya berinformasi dan penuh berhemah jika dibandingkan pada masa kini.

Namun seiring peredaran zaman, kemunculan juruhebah lagenda ini sukar dilihat apatah lagi di media arus perdana pada masa kini.

Reunion Penyampai Radio Lama Di Open House Raya Linda Onn Ubati Rindu Peminat

Baru-baru ini, bekas penyampai radio wanita popular, Linda Onn telah berkongsikan sesi reunion bekas juruhebah terdahulu khususnya ketika zaman kegemilangan stesen radio Era FM.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @LindaOnn, kelihatan beberapa penyampai radio veteran hadir memeriahkan rumah terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Linda.

Melalui perkongsian tersebut, kelihatan susuk tubuh DJ radio yang dirindui ramai dan sudah pastinya menggamit memori seperti Halim Othman, David Lau, Khairil (Krill), Kieran, Pak Tam dan Abby Fana.

Malah, bekas penyampai radio Hitz FM yang kemudiannya mengetuai banyak stesen radio pada suatu ketika dahulu, Kudsia Kahar turut memeriahkan majlis.

Penyampai Radio Dari Sinar & Suria FM Turut Hadir Sama

Kongsi Linda yang juga usahawan My Moms’ Chicken Rice lagi, bekas penyampai radio Suria FM, Tyzo dan Abby Fana (Sinar FM) turut hadir ke open house anjurannya.

“Kepada yang pernah menjadi pendengar kami, inilah wajah wajah yang pernah menghiburkan anda dulu. Ex (bekas) penyampai Era, Suria dan Sinar. Ada yang masih ke udara, ada yang sudah beralih arah.

“Halim Othman, Kudsia Kahar, Jamal Jamaludin, David Low, Khairil, Kieran, Pak Tam, Abby Fana, Tyzo, Zaff, Naim, Ray. Terima kasih sudi datang beraya, asal dapat berjumpa, lengkap rasanya,” tulis Linda menerusi ruang kapsyen.

Menariknya, rumah terbuka itu juga turut dilengkapi dengan peralatan seperti konti radio sehingga ada di antara mereka melakonkan semula seperti sedang bersiaran ke udara.

@lindaonn

Kepada yang pernah menjadi pendengar kami.. inilah wajah wajah yang pernah menghiburkan anda dulu… ex penyampai Era, Suria dan Sinar. Ada yang masih keudara…ada yang sudah beralih arah. Halim Othman Kudsia Kahar Jamal Jamaludin David Low Khairil Kieran Pak Tam Abby Fana Tyzo Zaff Naim Terima kasih sudi datang beraya .. asal dapat berjumpa.. lengkap rasanya.

♬ original sound – Linda Onn – Linda Onn

Ramai Teruja & Luah Rasa Rindu Dengan Barisan Penyampai Radio Lama

Video yang telah mendapat lebih 353,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja apabila menyaksikan kembali wajah-wajah penyampai radio kesayangan mereka.

Bagi sesetengahnya, mereka berpendapat video tersebut dapat mengubati kerinduan yang telah lama terpendam.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa rindu untuk mendengar celoteh penyampai radio berkenaan yang sememangnya memikat hati pendengar.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Bestnya! Rindu Zaman Diorang Dulu, Jenis DJ Tak De Gelak Syiok Sendiri, Krill, Kieran, Linda Onn, Halim Othman”

image is not available

“Legend Semua Ni, Terasa Tua Tengok Khairil”

image is not available

“Zaman Diorang Jadi DJ Best! Tak Bosan La Bila Dengar”

image is not available

“Krill & Kieran The Best! Penuh Informasi Masa Tu, Bukan Macam Sekarang, Gelak Sampai Kita Tidak Tahu Apa Yang Digelakkan”

image is not available

“Seronoknya! Saya Generasi Yang Membesar Dengan Suara Kalian”

image is not available

“Terima Kasih Semua Pernah Jadi Sebahagian Dari Kebahagiaan Kami”

image is not available

Source: