Memey Suhaiza Bawa Ayah Tunai Umrah Selepas Kehilangan Ibu - “Doakan Semoga…”

2 Nov 2026 • 4:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Memey Suhaiza Bawa Ayah Tunai Umrah Selepas Kehilangan Ibu - “Doakan Semoga…”

Pelakon, Memey Suhaiza memaklumkan dia bakal membawa bapanya menunaikan umrah selepas kehilangan ibu tersayang, Norlela Abdul Rahman pada 28 Oktober lalu.Menerusi perkongsian di Instagram, Memey menjelaskan perjalanan ke Tanah Suci kali ini pastinya berbeza memandangkan bapanya tidak lagi ditemani isteri tercinta seperti sebelum ini.Walaupun sudah beberapa kali membawa kedua-dua ibu bapanya mengerjakan umrah bersama-sama, pemergian ibunya menjadikan perjalanan kali ini cukup berbeza buat keluarga mereka.Memey turut memohon orang ramai mendoakan agar bapanya terus kuat dalam menghadapi kehilangan insan yang selama ini menjadi teman hidupnya.“Doakan abah saya kuat walaupun tahu ia sangatlah tidak mudah. Terus buat keputusan bawa abah sama untuk umrah.“Sebelum ini dah berapa kali bawa mak abah (umrah), kali ini walaupun suasananya berbeza.“Kami akan selalu ada bahagiakan abah,” katanya.Dalam masa yang sama, Memey mengakui pemergian ibunya merupakan satu kehilangan besar namun sedar kehidupan perlu diteruskan.Malah, Memey turut menyifatkan bapanya sebagai antara sebab dia perlu terus kuat untuk menghadapi ujian tersebut.“Perkara yang paling saya takut dah pun berlaku. Tak mudah tapi tetap kena kuat.“Masih ada amanah dan tanggungjawab yang perlu dijaga. Diberi kekuatan adalah abah.“Sebab hidup abah betul-betul mak, dari kecil sampai besar maklah kawan, teman, berkepit ke mana-mana selalu berdua bersama,” tambahnya.Terdahulu, suami Memey yang juga pelakon, Norman Hakim berkongsi berita pemergian ibu mentuanya pada 28 Oktober lalu.Norlela dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.49 pagi di Hospital Kota Tinggi, Johor selepas mengalami serangan strok.Sumber: Instagram

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved