OpenAI Disaman Lagi Selepas Didakwa Sebabkan Kematian Pengguna ChatGPT

Technology
29 Oct 2026 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

OpenAI Disaman Lagi Selepas Didakwa Sebabkan Kematian Pengguna ChatGPT

OpenAI disaman ibu bapa seorang bekas jurutera Amazon kerana penggunaan ChatGPT didakwa menyebabkan kematian anak mereka menurut laporan New York Times. Bowen Wan yang berusia 31 meninggal dunia pada Februari 2026 lalu selepas mengurangkan pengambilan ubat sawan kerana dikatakan selamat oleh ChatGPT.

Wan kehilangan kerja pada penghujung 2025 dengan visa dipegang beliau akan lumut sekiranya gagal mendapat pekerjaan baharu. Beliau ingin menjawab soalan temuduga dengan lebih baik dan percaya mengurangkan dos ubat sawan dapat membantu.

Image from: OpenAI Disaman Lagi Selepas Didakwa Sebabkan Kematian Pengguna ChatGPT

Berdasarkan lebih 270,000 mesej yang dilakukan dalam ChatGPT, ia didakwa memberi cadangan tentang cara mengubah dos ubat sendiri. Pada waktu yang sama ChatGPT juga menggalakkan Wan menyembunyikan perubahan dos daripada doktornya. Disamping itu ChatGPT menenangkan kebimbangannya apabila beliau melaporkan simptom yang menyerupai sawan. Akibat berhenti mengambil ubat, Wan diserang sawan yang menyebabkan beliau meninggal dunia.

Saman difailkan kerana keluarga Wan berpendapat OpenAI sepatutnya mengenakan larangan tegas terhadap pemberian nasihat perubatan berisiko tinggi, sama seperti sekatan yang dikenakan terhadap kandungan tertentu lain. Mereka turut berkata OpenAI gagal menghalang situasi di mana model AI menjadi sumber nasihat yang dipercayai melebihi doktor sebenar.

OpenAI menyatakan kes ini “amat menyedihkan” tetapi menegaskan ia melibatkan versi ChatGPT yang lebih lama. Model yang lebih baharu kini mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk mengenal pasti situasi yang memerlukan perhatian segera atau bantuan profesional.

Kes Bowen Wan menjadi sebuah lagi kes saman kematian yang didakwa disebabkan oleh ChatGPT. Tahun lalu OpenAI disaman kerana ChatGPT didakwa menggalakkan pengguna bawah umur untuk membunuh diri. Akibat saman ini OpenAI mengumumkan ciri keselamatan untuk pengguna bawah umur serta halangan melakukan perbualan yang menyebabkan kecederaan pada pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved