"Meminta Maaf Tidak Pernah Menjadikan Kita Hina" - Coretan Rahim Buat Shuib Undang Sebak

Entertainment
15 Oct 2026 • 2:51 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

"Meminta Maaf Tidak Pernah Menjadikan Kita Hina" - Coretan Rahim Buat Shuib Undang Sebak

"Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina"

Itulah antara coretan panjang yang ditinggalkan pelakon dan pelawak, Rahim Sepahtu buat sahabatnya Shuib.

Ia susulan permohonan maaf secara terbuka yang dilakukan pelawak berusia 42 tahun itu terhadap Jep.

Dalam satu klip video yang dimuat naik itu, dia mengakui kesilapannya dan memberikan penjelasan berhubung perkara.

Video berkenaan mendapat perhatian ramai termasuklah Rahim Sepahtu atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali.

Lebih menyentuh hati adalah coretan yang ditinggalkan Rahim dalam ruangan komen buat sahabatnya.

Rahim Titip Pesan Buat Sahabat

"Jika kita sedar kita akan kehilangan seseorang kerana kesilapan kita sendiri…Jangan biarkan ego menjadi perkara terakhir yang memisahkan kita.

"Kerana ada “maaf” yang mungkin tidak mampu mengembalikan masa, tetapi mampu membuat hati seseorang tahu… bahawa kita benar-benar menyesal. Meminta maaf tidak pernah menjadikan kita hina.

Baca juga:

"Kadang-kadang, sebuah “maaf” adalah tanda bahawa hati kita masih punya rasa, jiwa kita masih punya kesedaran, dan kita masih menghargai seseorang yang pernah kita sakiti.

"Kerana manusia yang paling mulia bukan manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan…

"Tetapi manusia yang apabila tersedar telah tersilap, dia berani mengaku, berani meminta maaf dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi," titip Rahim dalam ruangan komen klip berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved