Peranti Google Pixel Kini Bergetar Mengikut Keadaan Cuaca Semasa

TechnologyDigital
20 Nov 2024 • 12:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pixel Weather adalah antara aplikasi AI generatif menarik khusus untuk pengguna peranti Pixel. Ia mula diperkenalkan pada Pixel 9, yang mana merupakan aplikasi cuaca yang boleh menjana laporan dengan AI. Ia turut mempunyai widget dengan tema dinamik yang sesuai untuk peranti Android dengan tema Material You. Terbaru, aplikasi akan bergetar mengikut keadaan cuaca.

image is not available

Aplikasi Pixel Weather telah dikemaskini dengan ciri Immersive weather vibrations. Ia diaktifkan secara automatik di mana apabila keadaan cuaca semasa berubah seperti hujan lebat, angin ribut kencang dan lain-lain peranti. Walau bagaimanapun ciri ini tidak akan diaktifkan jika cuaca berbahaya berlaku dan juga jika peranti berada di dalam mod penjimatan bateri. Ciri ini turut boleh dimatikan oleh pengguna jika tidak diperlukan.

image is not available

Satu ciri lain diperkenalkan untuk Pixel di Perancis, Jerman, Itali dan United Kingdom di mana kini terdapat ramalan sehingga lima hari kiraan debunga di udara dengan paparan widget bersama grafik rumput, pokok dan lalang.

Aplikasi Pixel Weather tersedia untuk peranti Pixel 6 dan ke atas.