Menambah Tarikh Hari Jadi Secara Manual Pada Google Calendar Akhirnya Dibenarkan

TechnologyDigital
20 Sep 2024 • 11:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Siapa sahaja yang suka dimarahi oleh orang tersayang kerana terlupa akan tarikh hari jadi. Lebih kesian kepada mereka yang menggunakan Google Calendar, kerana jika butiran kenalan pada Google Contacts tiada tarikh kelahiran bermakna tiada peringatan hari jadi dalam kalendar. Bertahun lamanya juga Google Calendar tidak menyokong menambah tarikh hari jadi secara manual dan ini berakhir hari ini.

image is not available

Buat masa ini ciri ini terhad kepada aplikasi Google Calendar untuk Android. Sokongan pada web dan iOS akan diberikan di masa akan datang. Ciri ini juga diedarkan secara berperingkat bermula malam tadi dan dijangka akan tiba ke semua pengguna pada sekitar Oktober 2024.

image is not available

Apabila anda tekan butang “+” dalam Google Calendar, kemudian pilih Event, tag yang dipaparkan akan ada tambahan Birthday di samping Event dan Task. Anda boleh menambah nama, tarikh dan menetapkan indikasi warna untuk peringatan yang lebih spesifik. Jika ini adalah ciri penting untuk anda, nantikan kemas kini ini tiba pada peranti kerana ia diedarkan dari bahagian pelayan dan bukan Play Store.