
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama wakil Malaysia Taanusiya Chetty terus menjadi perhatian selepas berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga dalam pertandingan ratu cantik dunia, Miss World 2026 yang berlangsung di Nha Trang, Vietnam semalam (6 September).
Taanusiya yang berusia 26 tahun berada di tempat ketiga selepas beliau mara ke kelompok Top 6 selepas beliau memenangi segmen Beauty With A Purpose (BWAP), lapor Harian Metro.
BWAP merupakan antara pengiktirafan utama Miss World mengikut komitmen dan impak projek kemasyarakatan yang dilakukan oleh para peserta sekali gus mengalahkan peserta dari Zimbabwe, Brunette Makanyiso yang merupakan pesaing terdekatnya.
Pertandingan yang disertai seramai 111 peserta ini dimenangi oleh wakil negara Republik Dominika, Joheirry Mola Dominguez sebagai juara manakala tempat kedua dimenangi Sepanyol, Reynez Alabern.
Ketahui latar belakang Taanusiya pemenang tempat ketiga Miss World 2026
Sejak kemenangan Taanusiya atau mesra dipanggil Taanu, ramai yang ingin mengetahui latar belakang si cantik manis ini. Yelah bukan sekadar cantik, tetapi Taanu turut tampil dalam pertandingan ini dengan penuh keyakinan dan bijak menjawab setiap soalan yang diberikan.
Jom kami kongsikan sedikit latar belakang mengenai Taanu yang sebenarnya adalah seorang guru selain turut aktif melibatkan dirinya dalam aktivis kemanusiaan.
Taanu yang dipercayai lahir di Kuala Lumpur ini merupakan seorang guru Bahasa Inggeris dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) dalam TESL (Teaching English as a Second Language di Management and Science Universiti (MSU).
View on Threads
Tubuhkan NGO, fokus pada pendidikan, bimbingan dan pembangunan emosi kanak-kanak
Apabila bergelar seorang guru pastinya mereka ini mempunyai jiwa yang sangat dekat dengan rakyat khususnya kanak-kanak. Taanu pada tahun 2022 telah menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai “Be The Change Malaysia.”
NGO yang ditubuhkan ini memberikan fokus kepada:
- Pendidikan
- Bimbingan
- Pengunan emosi kanak-kanak
Inisiatif ini kemudiannya didaftarkan secara rasmi pada 2025. Malah Taanu turut menganjurkan beberapa program seperti:
- Kelas tuisyen secara percuma
- Program melibatkan komuniti Orang Asli, kanak-kanak berkeperluan khas serta pesakit kanak-kanak
Program-program yang dilakukan ini memberikan manfaat kepada ribuan kanak-kanak di Malaysia termasulah rantau ASEAN.
View this post on Instagram
Mempunyai minat mendalam dalam beberapa sukan lain seperti seni pertahankan diri
Selain menjadi guru dan terlibat dengan aktiviti NGO, Taanu juga mempunyai minat yang mendalam dalam sukan, muzik termasuk sukarelawan.
Memetik Missworld.com, beliau juga meminati sukan-sukan seperti:
- Badminton
- Larian
- Seni pertahankan diri
- Sukan air
Selain itu, cita-cita Taanu adalah mahu menjadi Miss World pertama dari Malaysia sementara membina kerjayanya sebagai guru sukaralewan, pelakon dan juga penyanyi.
Moto Taanu:
“Walapun saya berasa kehilangan, ssaya percaya segala yang berlaku mempunyai sebab teersendiri dan akan bangun lebih kuat,” katanya.
Menurut Taanu perkara itu turut mengingatkannya setiap halangan adalah sebahagian daripada perjalanannya yang membina daya tahan, tujuan, kekuatan untuk terus maju kedepan.
Taanu fasih 4 bahasa
Apa yang lebih menarik, Taanu turut fasih dalam empat bahasa iaitu:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Mandarin
- Tamil
Malah kemahirannya yang fasih dalam empat bahasa ini turut membuatkannya menjadi perhatian sewaktu Head-to-Head Challenge apabila Taanu menggunakannya sewaktu menceritakan perjalanan hidup dan juga komitmen terhadap isu sosial.
View this post on Instagram
Luang masa berbulan-bulan belajar silat tari
Umum mengetahui Malaysia mempunyai identiti budaya yang menarik dan Taanu turut meluangkan masanya selama berbulan-bulan untuk mempelajari silat tari.
Perkara itu bertujuan untuk membawa elemen seni serta budaya Malaysia untuk dipersembahkan, lapor Astro Awani.
View on Threads
Selain Miss World 2026, Taanu juga mempunyai pengalaman di pentas antarabangsa melalui pertandingan Miss Global 2023.
Tidak hanya membawa gelaran Miss World Malaysia, wanita ini juga membawa pulang sebanyak tujuh anugerah tambahan termasuk:
- Top Model Award
- Best In Evening Gown
- Charity Queen Award
Selain BWAP, Malaysia juga berada dalam Top 5 Asia & Oceania untuk Multimedia Challenge.
Taanusiya juga menyertai beberapa acara sepanjang Miss World 2026 berlansung seperti:
- Opening Ceremony
- Dances of the World
- Top Model
Kehilangan ibu diusia 14 tahun buat Taanu mahu bantu golongan yang memerlukan
Di sebalik kejayaan yang diraih, Taanusiya sebenarnya menyimpan satu pengalaman hidup yang mencabar.
Menerusi laporan Sinar Plus, Taanusiya memaklumkan beliau kehilangan ibu tercinta dalam sebuah kemalangan jalan raya sewaktu berusia 14 tahun.
Beliau turut menyifatkan kehilangan insan tersayang itu bukan satu perkara yang mudah untuk khususnya di usia yang masih remaja.
Akan tetapi pengalaman yang pedih itu turut membentuk dirinya serta menyemai keinginan untuk membantu orang yang memerlukan khususnya kepada kanak-kanak.
NGO ditubuhkan Taanusiya juga jalinkan kerjasama dengan KPM dan KKM
Taanusiya juga mengatakan NGO yang ditubuhkan, Be The Change Malaysia atau juga didaftarkan secara rasmi sebagai Pertubuhan Suara Perubahan Insan Murni turut bekerjasama dengan beberapa pihak lain seperti:
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Kementeran Pendidikan Malaysia (KPM)
Kerjasama itu adalah untuk mewujudkan inisiatif sekolah dalam hospital untuk:
- Kanak-kanak Orang Asli
- Bengkel seni untuk golongan muda autistik
- Mengunjungi pesakit leukimia kanak-kanak
“Menjelang 2028, saya berharap dapat bekerjasama dengan Pertubuhan Miss World untuk mengembangkan Be The Change Malaysia ke peringkat antarabangsa kerana saya yakin kita boleh menyelaraskan usaha bagi mencapai matlamat yang dihasratkan.
“Antara yang saya fikirkan sebelum menyertai pertandingan itu adalah untuk memperluas usaha kecerdasan emosi di Kemboja dan Vietnam,” ujarnya.
Perkara ini secara tidak langsung menunjukkan Taanu tidak hanya mempunyai rupa yang cantik tetapi membawa identitinya sebagai pendidik termasuk pengalamannya dalam aktivis, cintakan budaya dan pengalaman diri yang membentuk jati dirinya menjadi kental.
Harap lebih ramai percaya guru juga mampu ada impian besar
Di Threads, Taanusiya turut berharap orang ramai percaya bahawa mereka yang bergelar pendidik juga mampu untuk mempunyai impian besar serta melangkah lebih jauh membawa nama negara sehingga ke pentas dunia.
“Sejauh ini saya dapat membawa nama negara adalah satu anugerah yang sangat besar. Sekarang, saya cuma berharap lebih ramai percaya bahawa seorang guru juga mampu bermimpi besar, melangkah jauh, dan membawa nama negara ke peringkat pentas dunia.
“Dengan sepenuh hati untuk Be The Change Malaysia segala yang saya perjuangkan, saya lakukan kerana saya percaya bahawa perubaha bermula dengan satu langkah kecil.”
View on Threads





