Menara Merdeka 118 kini dikenali sebagai Menara Merdeka Maybank

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 2:02 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Menara Merdeka 118 kini dikenali sebagai Menara Merdeka Maybank Image from: Menara Merdeka 118 kini dikenali sebagai Menara Merdeka Maybank hamden28/07/2026 - 14:02 Oleh HAMDEN RAMLI editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 28 Julai - Menara Merdeka 118 secara rasmi dinamakan semula sebagai Menara Merdeka Maybank selepas Maybank berpindah masuk ke bangunan ikonik berkenaan sebagai ibu pejabat baharu kumpulan.

 

Maybank dalam satu kenyataan berkata, penamaan semula itu mencerminkan kehadiran kumpulan di mercu tanda baharu yang menjadi pusat operasi utama bank terbesar Malaysia dari segi aset.

 

Susulan perubahan tersebut, alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank adalah di Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

 

Pada masa sama, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank turut dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

 

Kedua-dua penamaan baharu bangunan tersebut berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026.

 

Maybank berkata, walaupun ibu pejabat kumpulan kini berpindah ke Menara Merdeka Maybank, operasi perkhidmatan pelanggan di Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus berjalan seperti biasa dari Menara Tun Perak sehingga notis lanjut diberikan.

 

“Tiada kesan terhadap pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan tersebut dan semua perkhidmatan perbankan akan terus beroperasi seperti biasa,” katanya. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved