Menara Merdeka 118 Tukar Nama, Kini Rasmi Sebagai Menara Merdeka Maybank

LocalBusiness & Finance
28 Jul 2026 • 3:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menara Merdeka 118 secara rasminya dijenamakan semula sebagai Menara Merdeka Maybank, sekali gus melambangkan kehadiran kumpulan perbankan itu di mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabat baharunya.

Image from: Menara Merdeka 118 Tukar Nama, Kini Rasmi Sebagai Menara Merdeka Maybank

Memetik laporan BERNAMA, Menerusi satu kenyataan pada hari ini, Maybank memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabatnya ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.

“Seiring dengan pengumuman ini, bekas ibu pejabat Maybank di Jalan Tun Perak yang sebelum ini dikenali sebagai Menara Maybank akan dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.
“Kedua-dua nama bangunan ini akan berkuat kuasa mulai 28 Julai 2026,” menurut kenyataan itu.

Maybank turut memberi jaminan bahawa Cawangan Utama Kuala Lumpur akan terus beroperasi di Menara Tun Perak sehingga dimaklumkan sebaliknya.

Menurut bank berkenaan, penjenamaan semula itu tidak memberi sebarang kesan kepada pelanggan yang mempunyai akaun di cawangan terbabit, manakala semua urusan serta perkhidmatan perbankan akan terus berjalan seperti biasa.

Sumber: BERNAMA

The post Menara Merdeka 118 Tukar Nama, Kini Rasmi Sebagai Menara Merdeka Maybank appeared first on Borak Daily.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved