Menara Merdeka Maybank Ialah Nama Baharu Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia

28 Jul 2026 • 8:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menara Merdeka Maybank Ialah Nama Baharu Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia

Bangunan Merdeka 118 yang dibuka pada tahu 2024 kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Menara Merdeka Maybank selepas syarikat Maybank memindahkan ibu pejabat mereka ke dalam menara ini. Pada waktu yang sama, Menara Maybank yang terletak di Jalan Tun Perak kini turut dinamakan semula sebagai Menara Tun Perak.

Menara Merdeka Maybank ialah bangunan kedua tertinggi dunia dengan ketinggian 678.9 meter dan mempunyai 118 tingkat. Sebagai perbandingan menara tertinggi dunia Burj Khalifa berketinggian 828 meter dan mempunyai 163 tingkat. Ibu pejabat Maybank pula terletak di tingkat 70.

Image from: Menara Merdeka Maybank Ialah Nama Baharu Bangunan Kedua Tertinggi Di Dunia
Menara Merdeka Maybank – Gambar oleh PNB Merdeka Ventures

Ini memintas Exchange 106 (453.6 meter) sebagai bangunan tertinggi di Malaysia. Bangunan Merdeka 118 dimiliki oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan ia mula dibina pada Julai 2014 dan siap pada penghujung 2023. Proses pembinaan tergendala disebabkan oleh pandemik menyebabkan ia dibuka lewat daripada tarikh awal 2022.

Ia mempunyai keluasan lantai 400,000 meter persegi yang menempatkan ruang pejabat, pusat membeli belah dan juga hotel. Kos pembinaannya pula adalah sekitar RM5 bilion. Bentuk bangunan ini mungkin kelihatan aneh tetapi ini adalah kerana ia mengambil inspirasi daripada tubuh Tunku Abdul Rahman ketika melakukan deklamasi kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved