Mengidam Nak Makan Ayam Korea, Umisya Mazlan Hamil Anak Ketiga?

Entertainment
13 May 2024 • 3:53 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Madu kepada Marissa Dania Hakim yang juga isteri pertama kepada Aslam iaitu Umisya Mazlan dikhabarkan sedang hamil anak ketiga.

Ia didedahkan menerusi Instagram Story daripada seorang pempengaruh dan usahawan, Farah Fakhira yang memperlihatkan satu perbualan di WhatsApp Misya dan isteri Abang Tesla, Nurmajdina Jamari.

Dalam perbualan itu, dilihat Farah ada bertanya kepada Misya dan Majdina berkenaan dengan idea menu untuk dia masak. Bagaimanapun, Umisya menjawab dia teringin memakan ayam goreng Korea daripada sebuah restoran makanan segera terkenal.

image is not available

Apa yang menjadi perhatian adalah Misya ada menyebut tetang kehamilan. Pun begitu, masih belum ada lagi kesahihan berkenaan isu ini.

Nama Marissa sehingga ke hari ini menjadi bualan ramai disebabkan berkahwin dengan Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu sebagai isteri kedua. Pernikahan mereka dikatakan berlangsung ketika Umisya sedang menunaikan umrah.

Namun begitu, kemelut berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya pada awal Aidilfitri lalu sehinggakan Abby, ibu Marissa difahamkan sudah reda dengan ketentuan takdir berkenaan anak perempuannya itu.

Sumber : Gempak

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.