
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial luahan beberapa orang pengguna mengenai sebuah pertunjukan fesyen yang sedang berlangsung di ibu kota.
Menerusi beberapa hantaran yang dibuat, ada pengguna yang mempersoalkan tindakan segelintir lelaki dalam foto tular yang dilihat berpakaian dan beraksesori serta berperilaku seperti wanita.
Tindakan itu nyata mendapat perhatian ramai hingga ada yang mahu pihak berkaitan seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) mengambil tindakan tegas.
Malah sebelum ini, turut kecoh mengenai kehadiran sekumpulan lelaki menyerupai wanita yang hadir ke satu anugerah hiburan anjuran sebuah stesen tv swasta.
Adakah kita sedang me NORMALISATION kan lelaki berpakaian dan makeup seperti wanita!!! @fahmi_fadzil @MyJAKIM @JPenerangan @myJAWIKL #klfw #klfw2025 #klcc pic.twitter.com/uEFVPbYR6v
— malaysiakukini (@shahrulputra86) August 6, 2025
Baca Artikel Berkaitan: Tular Lelaki Berpakaian Seperti Wanita, TV3 Mohon Maaf Akui Kesal
Menteri Agama Minta Lelaki Muslim Henti Berpakaian & Berperilaku Seperti Wanita
Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar meminta mana-mana lelaki Muslim termasuklah yang terlibat dengan bidang fesyen menghentikan perilaku yang bertentangan dengan ajaran dan agama.
Jelas beliau, ia berikutan fungsi seseorang lelaki dalam Islam adalah sebagai pemimpin (qawwam).
“Kalau pendekatan yang dibawa dalam (pertunjukan) fesyen ini yang cuba nak membawa (keadaan) menyerupai wanita contohnya dengan lenggang-lenggok keperempuanan, bagaimana kita nak bawa nilai qawwam?
“Kita tekankan semula untuk mereka (lelaki) yang cuba meniru (wanita) supaya tidak meneruskan cara yang sama sebab ini bertentangan dengan nilai agama itu sendiri,” katanya selepas diminta mengulas mengenai perasaan tidak senang orang awam berhubung perkara itu.
Malah jelas beliau lagi, pihak berkuasa agama sebelum ini pernah menegur tindakan segelintir kaum Adam yang beragama Islam berpakaian seperti wanita.
JAKIM Ada Garis Panduan Untuk Penganjur Atau Mana-Mana Pihak Yang Mahu Berkarya
Tambah Mohd Na’im, JAKIM turut mempunyai garis panduan yang jelas buat penganjur atau mana-mana pihak yang mahu berkarya.
“Kita berharap semua pihak dapat mematuhi garis panduan itu pada masa depan.
“Pada masa sama, agensi agama seperti JAKIM juga sentiasa berbincang dengan kementerian lain termasuk Kementerian Komunikasi supaya garis panduan itu dapat dipatuhi kerana ia bertujuan memastikan umat Islam tidak tersasar daripada ajaran agama,” ujarnya.
Garis Panduan Program Hiburan Dalam Islam
JAKIM sebelum ini ada memuat naik satu hantaran di Facebook mereka mengenai Garis Panduan Program Hiburan Dalam Islam.
Tujuannya adalah bagi memberi panduan kepada penganjur agar program yang dirancang tidak menyalahi Syara’ dan tersasar dari tujuan sebenar penciptaan manusia agar beribadah kepada Allah SWT.
Program yang dianjurkan perlulah:
- Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.
- Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.
- Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.
- Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat
- Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.
- Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
GARIS PANDUAN PROGRAM HIBURAN DALAM ISLAM Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para…
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Tuesday 21 November 2023
Islam Larang Individu Menyerupai Jantina Lain
Menerusi hantaran yang pernah dibuat oleh JAKIM di Facebook mereka sebelum ini, Islam melarang lelaki atau perempuan menyerupai jantina lain.
“Daripada Abu Qatadah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ‘Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan orang perempuan yang memakai pakaian lelaki. (Riwayat Abu Daud (4098).
“Islam melarang lelaki untuk menyerupai wanita melalui pemakaian barang perhiasan yang hanya dikhususkan untuk wanita.
“Wanita juga dilarang memakai pakaian yang dipakai oleh lelaki dan berlagak seperti seorang lelaki.
“Islam telah menetapkan bahawa lelaki hendaklah menjadi lelaki begitu juga perempuan hendaklah menjadi perempuan mengikut sunnatullah yang telah ditetapkan.
“Hikmah Allah SWT dalam penciptaan sudah pasti membawa pelbagai rahmat dan rahsiaNya kepada makhluk seperti manusia,” jelas mereka.
Larangan Menyerupai Jantina Lain Daripada Abu Qatadah R.A, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :…
Posted by Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM on Saturday 20 July 2024
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi
Baca Artikel Berkaitan: “Haram Hukumnya Lelaki Berhijab Walau Untuk Berniaga” – Ustaz Azhar Idrus [Video]
Source:




![Musim Batuk Kembali! Ini Nasihat Pakar Paediatrik Buat Ibu Bapa & Cara Pencegahannya [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/health-and-fitness.jpeg)
