Menteri Besar Terengganu Isytihar Ahad Sebagai Cuti Peristiwa

Politics
11 Aug 2023 • 9:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar. gambar fail

KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengisytiharkan Ahad ini sebagai cuti peristiwa sempena Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Dalam kenyataannya hari ini Ahmad Samsuri berkata keputusan itu dibuat bagi memudahkan urusan pengundi luar Terengganu yang akan balik mengundi.

Beliau berkata pengumuman itu juga mengambilkira tugasan selain memudahkan kakitangan kerajaan negeri yang bertugas sehingga lewat malam semasa hari pengundian.

“Kerajaan negeri berharap pengumuman ini akan dapat memberikan kemudahan dan keselesaan kepada semua yang terlibat dalam pesta demokrasi pada 12 Ogos 2023 nanti,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian di enam PRN iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah pada 12 Ogos ini.

Di Terengganu sebanyak 930,894 pengundi berdaftar yang akan mengundi dalam PRN kali ini. - Getaran, 11 Ogos 2023