Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikurnia gelaran Datuk Seri, antara 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka

LocalPolitics
24 Aug 2026 • 1:23 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikurnia gelaran Datuk Seri, antara 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mendahului senarai 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri pada Istiadat Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka, di Balai Istiadat Seri Negeri.

Fadhlina yang memegang portfolio Kementerian Pendidikan sejak 2022 merupakan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Mengetuai senarai 1,328 penerima Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran.

Image from: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikurnia gelaran Datuk Seri, antara 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka

Anak kepada bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Allahyarham Siddiq Fadzil itu menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Semenyih sebelum melanjutkan pelajaran menengah di Sekolah Agama Menengah Hulu Langat, Batu 10, Hulu Langat pada tahun 1994.

Image from: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dikurnia gelaran Datuk Seri, antara 10 penerima Darjah Gemilang Seri Melaka

Fadhlina kemudian menyambung pengajian di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, di mana beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Sarjana Muda Undang-undang Syariah pada tahun 2002, serta ijazah Sarjana Undang-undang daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 2008.

Sebelum menceburi bidang politik, Fadhlina aktif sebagai aktivis dan peguam yang menumpukan kepakaran dalam bidang undang-undang kekeluargaan Islam dan kebajikan kanak-kanak. Beliau juga mengasaskan firma guamannya sendiri, Tetuan Fadhlina Siddiq & Associates.

Sumber: Bernama

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved