Menteri Pengangkutan Galak Pembangun Tempatan Guna Data Terbuka Untuk Bangunkan Aplikasi Navigasi

LocalTechnology
23 Oct 2026 • 10:33 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menteri Pengangkutan Galak Pembangun Tempatan Guna Data Terbuka Untuk Bangunkan Aplikasi Navigasi

Selari dengan larangan penggunaan aplikasi Waze terhadap penjawat awam, kini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengalakkan para pembangun tempatan dalam menggunakan data terbuka yang ditawarkan kerajaan dalam membangunkan aplikasi navigasi tersendiri. Ini termasuk menggunakan data melibatkan pengangkutan.

Pelbagai agensi kerajaan sedia menawarkan data secara terbuka, memudahkan orang ramai dan para pembangun mengakses dan menggunakan informasi dan data tersebut.

Image from: Menteri Pengangkutan Galak Pembangun Tempatan Guna Data Terbuka Untuk Bangunkan Aplikasi Navigasi

Sebelum ini, Malaysia sedia memenangi anugerah nombor satu di dunia dalam penawaran Open Data Inventory, memperlihatkan usaha kerajaan dan pelbagai agensi menyediakan data yang boleh diakses secara terbuka, dan turut kerap dikemaskini untuk tujuan penyelidikkan, pembangunan, akademik dan sebagainya. Antara platform data terbuka yang popular adalah termasuk Data.gov.my dan juga OpenDOSM.

Pada hari ini, dua aplikasi tempatan yang menerima perhatian ramai adalah Tuju dan Pintaz, selain beberapa pembangun turut memperlihatkan mereka sedang membangunkan aplikasi mereka tersendiri untuk navigasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved