“Menu paling rare!” – Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru

Entertainment
17 May 2024 • 11:30 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam (16 Mei 2024), merupakan sambutan Hari Guru di seluruh Malaysia dan semestinya setiap sekolah akan meraikan hari tersebut untuk menghargai jasa para guru yang tidak jemu memberi ilmu kepada anak didik.

Sambut hari guru macam hari raya

Menariknya sambutan hari raya di SMK Saujana Utama, para guru akan pergi dari kelas ke kelas untuk menjamu selera. Kesemua ahli kelas akan menyediakan makanan di atas meja dan para pelajar juga memakai baju melayu seolah-olah sama seperti open house hari raya.

Video yan dimuat naik oleh @cikguctiey9681 telah menaik perhatian penonton di TikTok apabila guru tersebut telah pergi ke sebuah kelas untuk menjamu selera.

Dalam kelas tersebut, beberapa buah meja telah disusun dan setiap pelajar akan membawa makanan untuk dihidang di dalam kelas. Ada kuih-muih, air kotak, koktel dan lain-lain. Lebih menarik, kelas tersebut menghidangkan nasi kandar bungkus kepada tetamu yang hadir

Ada nasi kandar? Ini level hotel ni… ni menu paling rare. Jamuan raya kelas… ada nasi kandar!

Ada anak tauke nasi kandar!

Tidak dinafikan, guru tersebut berasa teruja melihat makanan yang dihidang lebih-lebih lagi, ada nasi kandar bungkus di dalam kelas tersebut. Rupa-rupanya, salah seorang pelajar dalam kelas itu merupakan anak kepada tauke nasi kandar jadi, tidak hairanlah mereka dapat menghidang makanan yang rare tersebut.

Bila anak tokey nasi kandar ada dalam kelas. Siapa sponsor ni? Haaa tu anak tokey. Terima kasih kepada ayah kamu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen juga teruja melihat kemeriahan sambutan hari guru di sekolah tersebut.

image is not available image is not available image is not available

Wah menariknya!

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.