“Sportingnya!” – Sambutan Hari Guru Tema ‘Airlines’, Cikgu Jadi Pramugari Tarik Perhatian Netizen

Entertainment
17 May 2024 • 3:09 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap sekolah yang menyambut Hari Guru pastinya mempunyai tema yang telah dipersetujui. Selalunya, para guru akan memakai baju seragam bersama-sama bagi meraikan hari istimewa tersebut.

Tular satu video di TikTok, sebuah sekolah rendah menyambut Hari Guru bertemakan syarikat penerbangan ataupun airlines. Video yang dimuat naik oleh @hernisazila di TikTok telah menarik perhatian netizen di platform tersebut.

Cikgu jadi pramugari

Dapat dilihat dalam video tersebut, barisan para guru di sekolah itu dilihat keluar dari pintu replika kapal terbang. Replika tersebut diletakkan di belakang pentas perhimpunan lalu guru-guru akan berjalan menuruni tangga seakan-akan sedang turun daripada kapal terbang.

Kemudian, mereka akan berjalan di atas karpet berwarna merah sambil dipertonton oleh para murid di sekolah tersebut. Apa yang menarik, kesemua guru wanita telah memakai baju kurung berwarna kuning mustard, berjalan sambil membawa bagasi.

Mereka turut melambai-lambai anak murid duduk di sekeliling bergaya seperti pramugari yang baru sahaja turun daripada kapal terbang. Selain itu, ada dua orang guru lelaki yang memakai baju juruterbang berjalan keluar daripada pintu tersebut.

Buat replika dalam masa 3 hari bekerja

Dalam video lain yang dimuat naik, pemilik video telah membalas pertanyaan netizen yang ingin tahu mengenai replika kapal terbang itu. Guru itu berkata, replika tersebut dibina oleh beberapa orang guru dan siap dalam masa tiga hari bekerja, selepas waktu persekolahan.

image is not available
Sumber: tiktok

image is not available
Sumber: tiktok

Replika kapal terbang itu dibina menggunakan dawai, papan, cat sembur dan beberapa lembar kain serta ditulis perkataan ‘TIARA 2’ di bahagian tepi pintu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat usaha para guru yang bersungguh-sungguh membuat replika kapal terbang tersebut.

image is not available image is not available

Wah! Sporting semua cikgu!

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.