Merajuk macam Nabil dan berhenti, kita hilang seorang hos – Aznil

Entertainment
27 Aug 2026 • 12:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Merajuk macam Nabil dan berhenti, kita hilang seorang hos – Aznil

Image from: Merajuk macam Nabil dan berhenti, kita hilang seorang hos – Aznil

PETALING JAYA – Isu kurang berpuas hati dengan cara Keanu Azman dan Raja Azura mengendalikan program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES26), pengacara Datuk Aznil Nawawi menasihati agar orang ramai memberikan peluang dan ruang boleh bakat baharu untuk membina keserasian di atas pentas.

Aznil atau mesra disapa Pak Nil, 63, mengimbas kembali cabaran yang pernah dilalui pengacara Nabil Ahmad sewaktu awal penglibatannya dalam program Big Stage, sebagai bukti bahawa proses membentuk pengacara memerlukan masa.

“Nasihat saya bagi ruanglah dan apabila keserasian atau kerjasama ini berjaya, bukankah kita dapat satu udara baharu dalam bidang pengacaraan.

“Saya rasa bukankah ini yang kita mahukan? Cuba bayangkan bagaimana Nabil dikutuk di Big Stage.

“Kalau Nabil dengar, ambil kira, merajuk dan berhenti — kita dah hilang seorang pengacara. Jadi bagilah ruang,” katanya semasa majlis perkenalan kumpulan K4LAM, semalam.

Pada masa sama, pengacara program Talk To My Manager (TTMM) itu mengingatkan agar orang ramai tidak sesuka hati membuat spekulasi tentang cara penyampaian yang dibentuk Keanu bersama Raja Azura.

“Mungkin cara mengajar dia (Raja Azura) begitu, kita tak tahu tetapi tak adillah kalau kita yang tak tahu ini nak buat andaian kita sendiri.

“Percayalah nanti satu hari bila pasangan duo ini ‘menjadi’, awak akan ingat balik apa yang awak kutuk pada episod pertama.

“Apa yang awak kutuk pada episod pertama itu mereka jadikan sebagai motivasi untuk mereka kerja lebih baik,” jelasnya.

Sebelum ini, gandingan Keanu dan Raja Azura dikatakan kurang sesuai kerana disifatkan tidak seimbang sehingga menyebabkan salah seorang daripada mereka dilihat ‘tenggelam.’

Dari sudut pandang penonton, Keanu bukan sahaja dilihat kekok beraksi bersama Raja Azura, dia juga dianggap tidak melakukan tugasan dengan baik apabila dikatakan gagal sebatikan diri dengan konsep program.- KOSMO! ONLINE

The post Merajuk macam Nabil dan berhenti, kita hilang seorang hos – Aznil appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved