“Mereka Gelar Saya ‘Anak Perempuan Yang Marah’ Tapi Saya Juga Anak Yang Tidak Bercerita & Pendam Perasaan” – Nabila Huda

EntertainmentLifestyle
4 Sep 2025 • 11:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Petikan ayat dikongsikan pelakon hebat, Nabila Huda di akaun Instagram telah mendapat perhatian dan membuatkan ramai sebak selepas dia berkongsi tentang perasaannya.

Menerusi hantaran itu, pelakon yang mesra dengan panggilan Abil tersebut bercakap tentang permasalahan atau isu berhubung kisah lalunya yang tidak seindah disangkakan.

Mereka gelar saya ‘anak perempuan yang marah’ tetapi saya juga anak perempuan yang terpaksa lap air matanya sendiri dan teruskan hidup seperti semuanya baik-baik sahaja. Saya anak perempuan yang tak bercerita tentang apa yang saya lalui kerana tidak mahu orang lain risau tentang saya. Saya berdiam diri dan pendam perasaan supaya tiada yang nampak saya sedang bergelut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Satu lagi petikan ayat yang dikongsikan Abil juga memberi makna tentang seorang individu yang sangat terluka namun dia tidak akan sesekali menyakiti dan melukai orang lain seperti mana dia disakiti.

Abil juga turut berkongsi bahawa tiada seorang pun yang memohon maaf di atas perbuatan mereka terhadapnya sebaliknya hanya menyalahkan dirinya kerana menunjukkan kelakuan.

image is not available

image is not available

image is not available

 

image is not availableHantaran tersebut menyentuh hati ramai termasuklah rakan-rakan selebriti yang rapat dengannya seperti Sherry Al Hadad, Nadiya Nisa dan Alicia Amin yang memberikannya kata-kata semangat.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan komen-komen positif dan ramai menzahirkan rasa sayang ke atas Nabila serta individu lain yang turut melalui episod yang sama sepertinya dalam kehidupan.

image is not available image is not available image is not available

image is not available 2025-07-16 15:33:51

"Nabila's Trauma, Sampai Bila-Bila Dia Akan Ingat" - Konflik Dengan Ibu Tiri, Ceddy Ang Ulas Isu Nabila Huda