Mesej RCS Pada iPhone Kini Menyokong Penyulitan Hujung-Ke-Hujung

TechnologyDigital
12 May 2026 • 9:41 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Mesej yang dihantar menerusi RCS kini menggunakan sistem penyulitan hujung-ke-hujung (E2EE) dilancarkan hari ini untuk pengguna iPhone. Ia diberikan menerusi kemas kini iOS 26.5 dengan ia masih di peringkat beta tetapi diaktifkan secara lalai selepas peranti dikemaskini.

Image from: Mesej RCS Pada iPhone Kini Menyokong Penyulitan Hujung-Ke-Hujung

Ciri E2EE akhirnya disokong pada iPhone hasil kerjasama Apple dan Google bagi menjadikan RCS sebagai standard pemesejan moden yang menggantikan SMS. Bagi pengguna Android pula, RCS dengan E2EE boleh dinikmati dengan menggunakan versi terkini Google Messages.

Mesej yang disulitkan akan mempunyai ikon mangga yang terkunci pada skrin mesej. Walaupun RCS kini disokong di iPhone, Apple masih menegaskan iMessage kekal sebagai kaedah komunikasi paling selamat antara peranti Apple kerana ia telah lama menyokong E2EE.