Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan SPRM sekiranya terdapat bukti kukuh yang membawa kepada pendakwaan.
Menurut laporan Kosmo, beliau menekankan bahawa sebarang siasatan, termasuk membabitkan pemimpin kanan parti, perlu dijalankan secara adil dan telus.
Saya belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenai perkara itu. Namun pendirian kita ialah jika terdapat bukti kukuh untuk pendakwaan, kita tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan SPRM dalam melaksanakan pendakwaan.
Dakwaan pemimpin kanan UMNO bakal dipanggil SPRM

Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan seorang lagi pemimpin kanan UMNO mungkin dipanggil SPRM minggu depan bagi membantu siasatan berkaitan isu membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Beliau juga diberikan masa untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO sebelum dipanggil membantu siasatan agensi antirasuah tersebut.
“Siasatan itu mesti adil dan telus” – Zahid Hamidi

Menurut Zahid Hamini, proses pendakwaan lazimnya bermula dengan siasatan dan perkara tersebut perlu dilaksanakan mengikut prinsip keadilan serta ketelusan.
Kebiasaannya sebelum pendakwaan dilakukan, ia bermula dengan siasatan. Siasatan itu mesti dijalankan secara adil dan telus.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Laman Media, Pusat Dagangan Dunia (WTC) hari ini.
Nota Oh! Media:
Jika benar terdapat dakwaan salah laku, biarlah proses siasatan menentukan kesahihannya. Yang penting, setiap pihak diberikan ruang untuk menjelaskan keadaan dan proses undang-undang berjalan secara adil serta telus.
Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.






