Mesyuarat khas isu adat selepas Perhimpunan Agung UMNO

LocalPolitics
9 Sep 2026 • 10:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Pegawai polis jatuh

SEREMBAN: UMNO Negeri Sembilan akan mengadakan mesyuarat khas bagi menyelaras isu berkaitan adat di negeri ini selepas selesai Perhimpunan Agung UMNO 2026.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan berkata, sebarang persoalan berhubung kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, perlu diselesaikan menerusi saluran adat dan perundangan yang sah.

Menurutnya, Yang di-Pertuan Besar bukan sesuatu yang boleh ditentukan mana-mana parti politik, kerajaan negeri atau individu secara bersendirian.

“Ia mesti dilihat dan diselesaikan dalam kerangka adat, prerogatif dan peruntukan perlembagaan negeri yang menjadi asas kepada keunikan sistem pemerintahan negeri ini.

“Sebarang persoalan berkaitan kedudukan institusi negeri hendaklah diselesaikan melalui saluran adat dan perundangan yang sah, telus serta menghormati struktur Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, UMNO Negeri Sembilan turut mengambil maklum dan memandang serius perkembangan terbaharu berhubung proklamasi berkaitan kedudukan Tuanku Muhriz.

Penjelasan dan pendirian yang dikemukakan oleh Undang Yang Empat dalam sidang media semalam juga diambil maklum.

“UMNO Negeri Sembilan tidak mahu rakyat terus dibebankan dengan pertikaian yang berpanjangan berhubung isu berkenaan.

“Kepentingan rakyat, kestabilan negeri dan keharmonian masyarakat mesti kekal menjadi keutamaan.

“Sebagai parti yang menjunjung Institusi Raja-Raja Melayu, UMNO Negeri Sembilan akan terus mempertahankan prinsip Raja Berperlembagaan serta menghormati adat dan perlembagaan negeri,” katanya.

UMNO Negeri Sembilan turut menyeru seluruh rakyat supaya kekal tenang dan memberikan ruang kepada proses yang sewajarnya untuk berjalan. –UTUSAN

The post Mesyuarat khas isu adat selepas Perhimpunan Agung UMNO appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved