Mesyuarat PN tentukan kedudukan Bersatu – Ahmad Samsuri

LocalPolitics
10 Aug 2026 • 11:48 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mesyuarat PN tentukan kedudukan Bersatu – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU: Perikatan Nasional (PN) mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi membincangkan kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam gabungan itu susulan beberapa isu dalaman yang timbul melibatkan parti berkenaan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, setakat ini Bersatu masih anggota PN dan sebarang keputusan mengenai kedudukannya hanya dibuat selepas perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat gabungan berkenaan.

“Setakat hari ini, Bersatu masih lagi dalam PN. Apa yang berlaku seterusnya bergantung kepada mesyuarat yang akan diadakan nanti.

“Dalam muafakat PN ada keadaan dan peraturan tertentu. Jadi, kita akan bincangkan perkara ini dan buat keputusan berdasarkan pandangan serta permintaan ahli-ahli mesyuarat daripada parti komponen,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Ahmad Samsuri berkata, mesyuarat berkenaan bukan semata-mata untuk menentukan keanggotaan Bersatu dalam PN, sebaliknya turut membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya yang dijangka berlangsung dalam tempoh terdekat.

“Bukan itu (kedudukan Bersatu) sahaja. Saya rasa perkara paling besar yang kita bincangkan adalah persediaan untuk menghadapi pilihan raya yang mungkin berlaku dalam waktu terdekat ini,” katanya. – UTUSAN

The post Mesyuarat PN tentukan kedudukan Bersatu – Ahmad Samsuri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved