
Meta secara senyap bereksperimen dengan aplikasi baharu Forum – dimana ia hanya memaparkan susur masa Facebook Group yang disertai oleh pengguna. Ia amatlah berguna bagi mereka yang mungkin sudah pening kepala susur masa di Facebook terdapat terlalu banyak kandungan sehingga terlepas kemaskini Faceboook Group yang disertai.

Untuk mengakses Forum, pengguna perlu melakukan log masuk menerusi akaun Facebook. Semua Facebook Group yang disertai akan disenaraikan di susur masa bersama dengan forum yang dirasakan relevan dengan minat pengguna. Selain memberikan akses setempat kesemua kemas kini Facebook Group, pengguna juga boleh melakukan carian kepada sebarang persoalan yang ingin ditanya. Ini adalah mirip ciri yang sama disokong di Reddit dengan jawapan ditulis oleh semua pengguna bagi mendapatkan penyelesaian terbaik.
Meta menyatakan bahawa Forum masih dalam fasa ujian dan mereka sering menguji produk baharu secara terbuka untuk melihat apa yang berguna kepada pengguna. Pada ketika ini Forum hanya boleh diakses di iOS oleh pengguna di Amerika Syarikat sahaja.




