Kemaskini Meta Bantu Ibu Bapa Fahami Kandungan Dan Algoritma Remaja

TechnologyFamily & Parenting
15 May 2026 • 3:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kemaskini Meta Bantu Ibu Bapa Fahami Kandungan Dan Algoritma Remaja

Meta mengemaskini fungsi pengawasan remaja supaya ibu bapa lebih mudah mengurus dan memantau aktiviti anak-anak mereka di aplikasi di bawah Meta termasuk Instagram dan Facebook. Kemas kini juga menambah baik algoritma Instagram serta memberi gambaran jelas tentang topik sesuai untuk remaja.

Image from: Kemaskini Meta Bantu Ibu Bapa Fahami Kandungan Dan Algoritma Remaja

Antara penambahbaikan yang diperkenalkan termasuklah alat baharu untuk ibu bapa di mana Meta menambah ciri khusus bagi membantu mereka memahami algoritma Instagram remaja serta topik yang membentuk kandungan yang dilihat. Seterusnya melalui Family Center, semua alat kawalan ibu bapa untuk Instagram, Meta Horizon, Facebook dan Messenger kini digabungkan dalam satu pusat kawalan bagi memudahkan pengurusan tanpa perlu beralih antara aplikasi.

Image from: Kemaskini Meta Bantu Ibu Bapa Fahami Kandungan Dan Algoritma Remaja

Seterusnya, terdapat notifikasi minat baharu yang membolehkan ibu bapa menerima pemberitahuan apabila remaja menambah minat baharu dalam algoritma mereka, contohnya fotografi atau sukan, agar mereka lebih memahami perubahan kandungan yang muncul. Selain itu, perlindungan akaun remaja turut diperketatkan dengan tetapan privasi automatik dan kawalan kandungan yang sesuai umur (13+).

Image from: Kemaskini Meta Bantu Ibu Bapa Fahami Kandungan Dan Algoritma Remaja

Tidak ketinggalan, terdapat juga kemudahan tetapan yang membolehkan ibu bapa menghantar satu jemputan untuk mengawasi akaun remaja di semua aplikasi Meta dengan lebih mudah. Kemaskini ini sedang dilancarkan secara global secara berperingkat.