
Meta akhir-akhir ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak NVIDIA dan juga AMD untuk akses kepada cip bagi melatih model kecerdasan buatan. Tidak setakat itu, ia turut dilaporkan Meta turut telah memeterai perjanjian bersama Google untuk tujuan lebih kurang sama. Namun, kedua-dua pihak masih belum mengumumkannya secara rasmi buat masa ini.
Meta dilaporkan ingin mendapatkan akses kepada cip Tensor oleh Google, yang menawarkan sokongan untuk inferens bagi AI. Berbeza dengan untuk tujuan melatih model AI, cip oleh Google ini digunakan untuk memproses pelbagai pertanyaan dan penggunaan oleh para pengguna.
Nilai perjanjian ini tidak diketahui lagi. Sekiranya benar, ia secara tidak langsung membuka ruangan perniagaan baharu untuk Google – sekaligus memposisikan mereka dalam perniagaan cip AI yang menyaingi NVIDIA dan AMD.

