Hari ini Meta bersetuju membayar $18 bilion dalam tempoh 10 tahun bagi menyelesaikan kes yang difailkan beberapa negeri di Amerika Syarikat kerana didakwa menyebabkan ketagihan dalam kalangan pengguna remaja. Selain itu Meta juga bersetuju menghadkan tempoh penggunaan Facebook dan Instagram oleh remaja bawah 18 tahun selama 2 jam sehari, tidak boleh diakses selepas tengah malam serta mematikan notifikasi ketika waktu sekolah.

Tetapi nampaknya ketiga-tiga ciri baharu yang diperkenalkan ini hanya diberikan kepada pengguna di Amerika Syarikat. Ia antara syarat yang dipersetujui Meta bagi menyelesaikan kes yang boleh menyebabkan mereka dikenakan penalti $1.4 trilion jika didapati bersalah.
Kini mereka digesa mengaktifkan had masa ini kepada semua pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia. Di Malaysia dan Australia remaja sudahpun diharamkan daripada mengakses laman media sosial. UK pula akan memperkenalkan halangan akses selepas waktu tidur bermula tahun depan.
Sumber – The Guardian




