METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri Hingga Malam Ini

30 Nov 2025 • 6:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di 3 Negeri Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tiga buah negeri sehingga jam 7 malam ini.

Di Terengganu, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Dungun dan Kemaman.

MetMalaysia melaporkan amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Kuching, Serian dan Samarahan di Sarawak.

Sementara itu, daerah Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) di Sabah antara kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir.

MetMalaysia memaklumkan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata hantaran lagi.

Orang ramai diminta waspada

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.